GEORGE TOWN – Seramai 38,000 wanita dijangka mendapat manfaat daripada Program Subsidi Ujian Mamogram menerusi peruntukan RM9 juta yang disediakan kerajaan dalam Belanjawan 2027 bagi memperluas akses saringan awal kanser payudara.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, peruntukan itu meningkat berbanding RM8 juta pada tahun ini sekali gus membolehkan lebih ramai wanita mendapatkan pemeriksaan bagi mengesan penyakit berkenaan.Menurutnya, program yang dilaksanakan sejak 2007 itu merupakan inisiatif berterusan kerajaan menerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)."Program ini berterusan dan wanita yang memenuhi syarat kelayakan boleh mengambil peluang untuk menjalani pemeriksaan di Klinik Nur Sejahtera atau mana-mana daripada 67 pusat mamogram panel LPPKN yang bertauliah di seluruh negara."Pilihlah pusat pemeriksaan yang paling dekat dan sesuai untuk memudahkan urusan masing-masing," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Waterfront Pulau Pinang (PWCC) di sini pada Rabu.Nancy menambah, program itu memberi keutamaan kepada wanita berusia antara 40 hingga 70 tahun khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dengan pendapatan isi rumah RM10,000 ke bawah yang layak menjalani ujian mamogram secara percuma."Bagi wanita dengan pendapatan isi rumah melebihi RM10,000, subsidi sebanyak RM50 turut dipertimbangkan tertakluk kepada syarat yang ditetapkan program," ujarnya.Bagaimanapun, beliau mengakui peruntukan sedia ada masih belum mencukupi untuk menampung keseluruhan permintaan namun kerajaan akan berusaha memohon tambahan dana sekiranya diperlukan."Memang tidak cukup sebenarnya, tetapi itulah peruntukan yang ada ketika ini. Sekiranya perlu, kita akan cuba memohon supaya peruntukan ditambah," katanya.Mengulas penurunan kadar wanita menjalani saringan mamogram, Nancy berkata, keadaan itu mungkin berpunca daripada tahap kesedaran yang masih rendah selain perasaan takut untuk menjalani pemeriksaan.Justeru, beliau berkata, program kesedaran perlu terus dipergiat bagi memberi maklumat tepat kepada wanita mengenai kepentingan pengesanan awal, sekali gus menggalakkan mereka mendapatkan pemeriksaan tanpa menangguhkannya."Ramai yang mungkin tidak tahu manakala ada juga yang takut untuk menjalani pemeriksaan. Sebab itu program seperti ini penting untuk memberi galakan dan meningkatkan kesedaran."Kalau saya sendiri pun berasa takut tetapi sebagai wanita, kita perlu memberanikan diri. Berkawanlah dengan mereka yang sudah melalui pengalaman pemeriksaan supaya kita lebih yakin," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan wanita mendapatkan nasihat kesihatan mengenai kekerapan pemeriksaan yang bersesuaian mengikut umur dan keadaan masing-masing."Berdasarkan data Global Cancer Observatory (GLOBOCAN) 2022, sebanyak 8,371 kes bahar
38,000 wanita bakal manfaat subsidi ujian mamogram tahun depan

Key takeaways
38,000 wanita akan manfaat daripada subsidi ujian mamogram tahun depan dengan peruntukan RM9 juta.
- Program subsidi ujian mamogram diperkenalkan sejak 2007 oleh KPWKM dan LPPKN.
- Wanita berusia 40 hingga 70 tahun dan golongan B40 layak menjalani ujian percuma.
- Subsidi RM50 diberikan kepada wanita dengan pendapatan isi rumah melebihi RM10,000.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Kosmo
Story details
- Published
- By
- SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian 38,000 wanita bakal manfaat subsidi ujian mamogram tahun depan (this story)








