DUBAI – Sebuah syarikat barangan kemas terkemuka berasal dari India, Joyalukkas Jewellery, melakar sejarah tersendiri apabila berjaya memecahkan dua rekod Guinness World Records menerusi penghasilan sepasang subang emas tradisional seberat 16.5 kilogram (kg), lapor halaman berita The Print.
Karya seni luar biasa diperbuat daripada emas 22 karat itu kini dinobatkan secara rasmi sebagai subang emas terberat dan sepasang subang terbesar di dunia.
Diberi nama Mayura Sahasra yang membawa maksud ‘Seribu Merak’, subang gergasi berukuran 1.215 meter (m) panjang dan 0.682m lebar itu diilhamkan daripada keindahan burung merak, di samping mengekalkan reka bentuk loceng klasik yang menjadi identiti perhiasan masyarakat India.









%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)