Sungai Petani: Seorang penganggur ditahan disyaki menyamar penjawat awam serta turut disiasat susulan penggunaan tulisan 'BOMBA' pada kenderaan persendirian seperti yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan penahanan lelaki berusia 35 tahun itu hari ini.
Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani esok bagi permohonan reman.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam.








