Kuala Lumpur: Keluarga kepada 54 rakyat Malaysia yang hilang di Nepal perlu menunggu sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan bagi mendapatkan sijil kematian, walaupun negara berkenaan memendekkan tempoh menunggu daripada 12 tahun kepada 45 hari.
Jurucakap Malaysia Solidarity Families in Hope (MASFIH), Dr R Manivannan, berkata sijil berkenaan amat diperlukan bagi membolehkan waris mengakses aset mangsa untuk menyelesaikannya liabiliti tertunggak.
"Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga sembilan bulan, sebab itulah kami menyuarakan kebimbangan," katanya kepada pemberita selepas bertemu Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan, hari ini.
Mengikut undang-undang Nepal sebelum ini, seseorang yang hilang hanya boleh diisytiharkan meninggal dunia secara sah selepas 12 tahun.








