London: Thierry Henry tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi ketika menjadi pengacara bersama majlis anugerah Ballon d'Or, Isnin lalu, selepas dikritik susulan kenyataannya terhadap rakan penyampai, Kate Scott, dan pemain sayap Barcelona, Lamine Yamal.

Kapten England, Harry Kane, muncul pemain England pertama memenangi Ballon d'Or dalam tempoh 25 tahun ketika Henry dan Scott mengendalikan majlis anugerah itu di Teater Palladium, London.

Bekas penyerang Arsenal dan Perancis itu mencetuskan suasana janggal pada awal acara yang berlangsung selama dua jam apabila mengusik Yamal kerana masih belum memenangi Ballon d'Or, sebelum menegur cara Scott menyebut nama legenda bola sepak Brazil, Socrates.