Bentong: Seorang pekerja maut selepas tersepit dalam mesin ketika melakukan kerja penyelenggaraan di kilang kertas di Kawasan Perindustrian Bentong, Karak, malam tadi.
Muhammad Saifulnizam Miskam, 32, yang berasal dari FELDA Lakum, Lanchang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bentong.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Azmi Mahmod berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 11.56 malam, dengan maklumat awal pekerja lelaki tidak sedarkan diri selepas tersepit dalam mesin.
"Sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Bentong dan Balai Polis Karak digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan serta siasatan lanjut.









