BENTONG – Seorang pekerja maut dipercayai tersepit ketika melakukan kerja penyelenggaraan mesin di sebuah kilang kertas di Taman Perindustrian Bentong, di sini pada Selasa.Mangsa, Muhammad Saifulnizam Miskam, 32, dari Felda Lakum, Lanchang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintenden Azmi Mahmod berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian menerusi sistem MERS 999 kira-kira jam 11.56 malam.Menurutnya, dalam kejadian itu, mangsa dilaporkan tersepit di dalam mesin dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian."Hasil pemeriksaan awal mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah."Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bentong untuk proses bedah siasat," katanya.Azmi berkata, ketika ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca serta keadaan sebenar kejadian.Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan sewajarnya.
Saifulnizam maut tersepit ketika selenggara mesin

Key takeaways
Seorang pekerja berusia 32 tahun maut dipercayai tersepit dalam mesin ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah kilang kertas di Taman Perindustrian Bentong pada Selasa.
- Mangsa, Muhammad Saifulnizam Miskam, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.
- Polis menerima maklumat kejadian melalui sistem MERS 999 kira-kira jam 11.56 malam.
- Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat dihantar untuk bedah siasat.
- Hasil pemeriksaan awal mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Wanita maut tersepit, kereta rempuh belakang lori
- Utusan Malaysia Penunggang maut tersepit di tayar belakang lori
- Harian Metro Pekerja maut tersepit dalam mesin di kilang kertas
- Sinar Harian Saifulnizam maut tersepit ketika selenggara mesin (this story)









