JOHOR BAHRU – Pemeriksaan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipertingkatkan bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah, termasuk menerusi pemeriksaan yang lebih menyeluruh terhadap penumpang dan bagasi.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata langkah itu merupakan antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan susulan peningkatan kes penyeludupan dadah di pintu masuk utama negara berkenaan.Menurut beliau, pemeriksaan keselamatan ketika ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan penerbangan, khususnya bagi mengesan senjata api dan senjata tajam.Bagaimanapun, katanya, pendekatan tersebut perlu diperluaskan bagi memastikan barangan kontraban turut dapat dikesan menerusi pemeriksaan yang lebih berkesan."Namun apabila melibatkan barangan kontraban, kita akan melakukan penambahbaikan termasuk memperkukuh 17 inisiatif yang akan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pengangkutan."Jadi pemeriksaan bakal menjadi lebih ketat, bermaksud ‘head to toe’. Kita akan memeriksa secara menyeluruh sama ada penumpang atau barangan, khususnya bagi destinasi yang dikenal pasti berisiko tinggi. Kita mempunyai kaedah profil tertentu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Latih Amal Keselamatan RTS Link Malaysia-Singapura, Latihan Lapangan Bersama Rentas Sempadan (FTX) 2026 di Depoh Wadi Hana pada Selasa.Pada 28 September lalu, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dilaporkan berkata kegiatan penyeludupan dadah dikesan berlaku hampir setiap hari di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2.Menurut beliau, perkara itu dikesan selepas AKPS diamanahkan melaksanakan tugas penyaringan di kedua-dua terminal berkenaan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata sebanyak 77 kes melibatkan sindiket keldai dadah direkodkan di KLIA dengan 93 individu ditahan bagi tempoh Januari hingga 15 Oktober lalu.Kes berkenaan turut membabitkan rampasan dadah yang dianggarkan bernilai RM202.76 juta.
KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah

Key takeaways
Kementerian Dalam Negeri akan memperketat pemeriksaan penumpang dan bagasi di KLIA untuk membendung penyeludupan dadah. Langkah ini melibatkan pemeriksaan menyeluruh 'head to toe' bagi penumpang dan barangan dari destinasi berisiko tinggi.
- Pemeriksaan keselamatan di KLIA akan diperluaskan dari fokus senjata kepada pengesanan barangan kontraban.
- Sebanyak 17 inisiatif akan dilaksanakan bersama Kementerian Pengangkutan untuk memperkukuh keselamatan.
- AKPS melaporkan kegiatan penyeludupan dadah dikesan hampir setiap hari di Terminal 1 dan 2 KLIA.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian KLIA perketat pemeriksaan penumpang dan bagasi banteras dadah (this story)








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)