KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengeluarkan keputusan cadangan baharu terhadap 18 perusahaan yang disyaki terlibat dalam aktiviti kartel tipuan bida membabitkan 30 tender pembekalan makanan dan perkhidmatan pembersihan melibatkan nilai keseluruhan RM108.3 juta.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, keputusan yang dikeluarkan pada 13 Okt itu melibatkan tender yang ditawarkan oleh 12 entiti sektor awam membabitkan enam kementerian, tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA), dua Jabatan Agama Islam Negeri dan sebuah badan berkanun Persekutuan.Beliau berkata, antara bukti yang diperoleh MyCC adalah penyelarasan dan penyediaan dokumen tender secara berpusat, pertukaran maklumat termasuk harga bidaan yang dicadangkan serta perkongsian kewangan dan sumber manusia antara perusahaan terbabit.Katanya, perusahaan-perusahaan berkenaan kini diberi peluang mengemukakan representasi kepada MyCC sebelum keputusan akhir dikeluarkan selepas mengambil kira representasi serta bukti yang diperoleh sepanjang siasatan."Termasuk keputusan terbaharu ini, statistik keseluruhan meliputi keputusan cadangan dan keputusan akhir menunjukkan MyCC telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 58 syarikat dalam penglibatan isu tipuan bida yang melibatkan jumlah penalti sebanyak RM98.49 juta."Pada masa sama, MyCC sedang aktif menyiasat 510 syarikat yang disyaki terlibat dalam aktiviti sama membabitkan tender sektor awam dan swasta bernilai lebih RM3 bilion," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2027 (Belanjawan 2027) peringkat dasar bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.Semalam, Kementerian Pendidikan memaklumkan akan meneliti dakwaan kewujudan kartel atau pakatan sulit dalam proses tender Perkhidmatan Bekalan Makanan Bermasak fasa dua bagi tempoh 2027-2029, selain bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berkuasa berkaitan sekiranya siasatan lanjut diperlukan.Menyentuh tentang penggubalan RUU e-Dagang, Armizan berkata, ia akan dibentangkan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat akan datang sebagai usaha memperkukuh akauntabiliti platform dan penjual dalam talian.Beliau berkata penggubalan RUU itu berteraskan empat fokus utama, iaitu perlindungan pengguna; tanggungjawab pengendali platform, penjual dalam talian serta pengguna; mekanisme penyelesaian pertikaian efisien serta keselarasan dengan undang-undang model antarabangsa.Dalam aspek perlindungan pengguna, penekanan diberi kepada usaha memastikan hak pengguna terus terpelihara daripada amalan perdagangan tidak saksama, termasuk memperkukuh mekanisme penguatkuasaan terhadap platform e-dagang rentas sempadan yang menawarkan produk dan perkhidmatan secara langsung kepada pengguna di Malaysia."RUU ini akan menetapkan akauntabiliti yang jelas bagi memastikan persekitaran perniagaan dalam talian yang adil dan saksama, terutamanya kepada peniaga tempatan dan pengguna."Ini termasuk memastikan p