KUALA LUMPUR - Sebuah kediaman mewah dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket penipuan pelaburan diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sekitar Jalan San Peng, Pudu di sini pada Selasa.Serbuan menerusi Operasi Khas kira-kira jam 11.45 pagi itu membawa kepada penahanan 20 warga asing terdiri daripada 10 lelaki warga Taiwan, China dan India serta enam lelaki dan empat wanita warga Thailand dan India, berusia antara 23 hingga 43 tahun.Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi dijalankan sepasukan pegawai Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya selepas risikan selama dua minggu berdasarkan maklumat awam.Menurutnya, empat unit kediaman yang dipercayai digunakan sindiket itu diperiksa dalam operasi berkenaan."Modus operandi sindiket adalah dengan menjadikan premis kediaman mewah yang disewa sebagai pusat operasi bagi menjalankan kegiatan penipuan pelaburan untuk mengaburi pihak berkuasa."Sindiket dipercayai dikendalikan kumpulan operator warga China, Taiwan, Thailand dan India dengan setiap kumpulan menyasarkan mangsa dari negara tertentu termasuk Thailand, India, Taiwan dan Jepun," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, siasatan mendapati pekerja warga asing terbabit tidak dibenarkan keluar secara bebas, manakala bekalan makanan dihantar dari luar ke premis melalui perkhidmatan penghantaran makanan."Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu, bermula jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari."Pemeriksaan turut menemukan pelbagai jenis ubat-ubatan di salah satu unit kediaman yang dipercayai diimport dari luar negara," katanya.Menurutnya, serbuan turut menyita 45 telefon bimbit, lapan komputer meja, tiga komputer riba, lima penghala internet (router), empat walkie-talkie, kad akses dan skrip penipuan dalam bahasa Thailand."Selain itu, rampasan turut dilakukan melibatkan empat pasport Taiwan, empat pasport China, tiga pasport Thailand serta wang tunai RM5,370."Turut disita mata wang asing membabitkan 1,400 Myanmar Kyat, 36,000 Kemboja Riel, 4.28 juta Vietnam Dong dan 31,000 Dolar Taiwan," katanya.Zakaria berkata, tiga lelaki warga China, India dan Taiwan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63."Tiga lelaki warga China pula disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta sama, manakala tiga lelaki dan seorang wanita warga India serta tiga lelaki dan seorang wanita warga Thailand disyaki melanggar Seksyen 6(1)(c)."Warga asing yang lain ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan kesemua mereka dibawa ke Pejabat Imigresen untuk siasatan lanjut," katanya.
Kediaman mewah jadi pusat penipuan pelaburan diserbu, 20 warga asing ditahan

Key takeaways
Sebuah kediaman mewah diserbu oleh JIM dan 20 warga asing ditahan kerana disyaki terlibat dalam penipuan pelaburan.
- Serbuan dilakukan di Jalan San Peng, Pudu, Kuala Lumpur.
- 20 warga asing dari Taiwan, China, India dan Thailand ditahan.
- Sindiket disyaki mengguna kediaman mewah sebagai pusat operasi penipuan pelaburan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian tumpas
- Sinar Harian Kediaman mewah jadi pusat penipuan pelaburan diserbu, 20 warga asing ditahan (this story)








