Menteri Armizan Mohd Ali berkata tender itu termasuk pembekalan makanan bermasak untuk sekolah dan institusi pengajian tinggi awam. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 tender pembekalan makanan dan perkhidmatan pembersihan bernilai RM108.3 juta disyaki terbabit dalam kartel tipuan bida melibatkan18 perusahaan dikesan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali, berkata MyCC mengeluarkan keputusan cadangan terhadap 18 perusahaan terbabit pada 13 Okt lalu.

Katanya, tender itu termasuk pembekalan makanan bermasak untuk sekolah dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Tender berkenaan melibatkan 12 entiti sektor awam, terdiri daripada enam kementerian, tiga IPTA, dua jabatan agama Islam negeri dan satu badan berkanun persekutuan.