Putrajaya: Malaysia perlu menguasai teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran kuantum bagi mengelakkan negara ketinggalan dalam persaingan global, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, penguasaan teknologi berkenaan penting kerana kegagalan menguasainya boleh menyebabkan negara kehilangan kelebihan dan terus ketinggalan berbanding negara lain.
Katanya, keperluan itu turut menjadi antara asas pendekatan Belanjawan 2027 yang mengangkat tema 'Menggapai di Langit, Mengakar di Bumi', dengan penekanan terhadap penguasaan ilmu dan teknologi baharu tanpa mengabaikan nilai serta jati diri masyarakat.
"Kalau kita tengok, umpamanya keperluan menguasai ilmu 'artificial intelligence' atau 'quantum computing'.










