KUALA LUMPUR: Keinginan untuk menikmati lebih banyak masa bersama isteri dan anak mendorong penyanyi Indonesia, Rizky Febian, 28, mengubah gaya hidup dengan mengutamakan kesihatan serta mengamalkan rutin lebih sihat.
Rizky berkata, perubahan itu mula menjadi keutamaan sejak bergelar suami kepada penyanyi Mahalini dan bapa kepada puteri mereka, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian.
Katanya, tanggungjawab terhadap keluarga menjadi pembakar semangat untuk lebih menjaga kesihatan, termasuk bersenam dan mengawal pemakanan demi memastikan dirinya kekal cergas.
"Banyak perkara yang mengubah hidup saya, salah satunya dari segi kesihatan. Saya mula bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat kerana mahu mempunyai lebih banyak masa bersama isteri dan anak.










