Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia mempamerkan kebangkitan dalam set penentuan untuk melunaskan dendam ke atas pemain Singapura, Jason Teh sekali gus melangkah ke pusingan kedua Terbuka Hylo di Saarbrucken, Jerman, sebentar tadi.
Bagaimanapun, pemain ranking ke-42 dunia itu terpaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan 21-16, 19-21, 21-17 dalam tempoh 59 minit di Saarlandhalle.
Selepas menguasai set pertama, Zii Jia gagal mengekalkan momentum pada set kedua meskipun berjaya bangkit daripada ketinggalan 10-14 untuk menyamakan kedudukan 15-15 sebelum mendahului 17-15.
Namun, Jason kembali memberikan tentangan sengit sebelum kedua-dua pemain terikat 19-19, dengan pemain Singapura itu akhirnya meraih dua mata berturut-turut untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)