PADANG BESAR: Sejak isterinya terlantar akibat strok, kehidupan Norizan Harun, 54, berubah sepenuhnya apabila dia terpaksa berhenti kerja demi me­nguruskan insan tersayang itu.

Bapa kepada lima orang anak itu tidak boleh meninggalkan rumah terlalu lama berikutan isterinya, Junalita Napiah, 53, memerlukan perhatian dan so­ko­ngan dalam hampir setiap urusan harian seperti makan, minum dan menguruskan diri.

Norizan berkata, dia sebelum ini melakukan pelbagai pekerjaan kampung bagi menyara keluarga namun keadaan Juna­lita yang memerlukan perhatian berterusan menyebabkan dia terpaksa mengubah rutin ber­kenaan.

“Saya kerja tidak menentu, kerja-kerja kampung. Apabila jadi seperti ini, fokus sepenuhnya memang kepada isteri,” katanya ketika ditemui di kediaman mereka di Felda Chuping, di sini semalam.