(Dari kiri) Pembesar yang dipertikaikan Maarof Mat Rashad (Jelebu), Mubarak Dohak (Sungai Ujong), Muhammad Abdullah (Johol) dan Abdul Rahim Yasin (Rembau).SEREMBAN: Negeri Sembilan mewartakan pemberhentian Undang Luak Sungai Ujong ke-10 Mubarak Thahak@Dohak, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman ke-16 Maarof Mat Rashad dan Datuk Shahbandar Sungai Ujong, Badarudin Abdul Khalid.

Menurut warta dikeluarkan pada 23 Okt lalu, Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Raja Norazli Raja Nordin menyatakan pemberhentian berkenaan mematuhi Perkara 16(1) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959.

Warta itu turut memaklumkan pemberhentian Mubarak berkuat kuasa 13 Mei 2025, Maarof pada 31 Mei 2023 dan Badarudin pada 30 Julai lalu.