Pengerusi PTPTN Norliza Rahim dan Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid bersama penerima Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) di Pulau Pinang. (Gambar PTPTN)PETALING JAYA: Seramai 1,552 pelajar miskin dan miskin tegar di seluruh negara menerima Biasiswa Anak eKasih PTPTN (BAeK PTPTN) membabitkan peruntukan RM24.76 juta sejak awal tahun ini.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Norliza Abdul Rahim, berkata jumlah itu direkodkan sejak inisiatif berkenaan diperkenalkan pada 1 Jan hingga 30 Sept lalu.
“Menerusi BAeK PTPTN, impian pendidikan tinggi golongan memerlukan dapat direalisasikan melalui sokongan kewangan yang menyeluruh, sekali gus memberi dorongan kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik dan memulakan kerjaya tanpa hutang,” katanya.








