LIPIS – Kerajaan Pahang memperuntukkan RM3.78 juta bagi menyediakan bekalan makanan kering untuk menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, melibatkan penghantaran ke 167 pangkalan hadapan di seluruh negeri.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sebanyak 332,906 unit atau pek barangan makanan kering seberat 225.11 tan disediakan bagi memastikan bantuan makanan dapat disalurkan segera kepada mangsa banjir.

“Bekalan ini akan diagihkan kepada sebanyak 167 pangkalan hadapan dan ini adalah perkara biasa. Setiap tahun kita laksanakan. Kita mengambil tindakan proaktif sekiranya