PUTRAJAYA – Kerajaan melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) menyalurkan bantuan sebanyak RM3.28 juta kepada 164 rumah ibadat Hindu, Sikh dan Kristian masyarakat India bagi memperkukuh peranan institusi berkenaan dalam pembangunan komuniti.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan berkata, bantuan menerusi kedua-dua program itu bukan sahaja menyokong keperluan rumah ibadat, malah membolehkan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan.
“Bantuan kewangan ini bukan sahaja membantu memperkasakan rumah ibadat, malah membolehkan pelbagai aktiviti komuniti yang memberi manfaat kepada masyarakat dilaksanakan.
“Antaranya dalam bidang pendidikan, pembangunan kerohanian dan sahsiah, kebudayaan serta pemerkasaan generasi muda,” katanya ketika berucap pada Majlis Program Dharma Madani dan Harmoni Madani di sini,









