Kuala Lumpur : Pelakon, Betty Banafe, 47, menegaskan tidak pernah menutup pintu hatinya untuk kembali mendirikan rumah tangga.
Menurut Betty atau nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, dia kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan yang benar-benar layak untuk menghargai dirinya dan anak-anak.
"Tidak, saya tidak menutup (pintu) hati. Cuma saya mahu mencari seseorang yang layak untuk saya, yang tahu dan faham perjuangan saya ini. Moga-moga kita tidak mengulangi lagi kesilapan yang lama.
"Saya mengharapkan satu sinar kebahagiaan di mana kalau boleh pasangan kali ini pasangan yang mendapat rahmat Tuhan, mempunyai kasih sayang, empati, bertanggungjawab serta mempunyai akhlak yang baik," katanya kepada Harian Metro.









