Kuala Lumpur: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan berhubung peluang parti itu dan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, sejarah politik negara membuktikan bahawa percaturan dan ramalan tidak semestinya mencerminkan keputusan sebenar rakyat.
Katanya, perkembangan politik semasa tidak boleh dilihat secara terpilih kerana rakyat turut menilai prestasi, kestabilan dan kemampuan pihak yang mahu diberikan mandat untuk mentadbir.
"Saya menghormati pandangan penganalisis politik, tetapi saya berpandangan terlalu awal untuk membuat kesimpulan bahawa peluang PKR dan Pakatan Harapan di Melaka adalah tipis. Pilihan raya bukan pertandingan meramal keputusan.








