Kuala Lumpur: Seramai 15 rakyat Malaysia dan dua rakyat Singapura ditahan selepas disyaki menawarkan khidmat pemberi pinjaman wang dalam talian di Bali, Indonesia.

Semua mereka ditahan di kawasan Dalung, Kuta Utara, Badung, Bali dalam satu operasi oleh Bahagian Imigresen Ngurah Rai, Bali, Khamis lalu.

Ketua Imigresen Ngurah Rai, Muhamad Novyandri, berkata semua mereka ditahan selepas didapati melakukan aktiviti yang tidak sesuai dengan kebenaran sebagai pelancong.

"Berdasarkan siasatan awal yang dijalankan, semua mereka yang ditahan didapati menjalankan aktiviti pinjaman peribadi secara bersemuka dan dalam talian (online) di lokasi serbuan yang juga menjadi markas kegiatan mereka.