Kuala Lumpur : "Saya memang suka berfesyen dari dulu sampai sekarang. Semua orang tahu yang saya pun pernah kena kecam dulu masa AJL 29 kerana memakai pakaian ranggi." kata penyanyi, Asfan Shah.
Menurut Asfan lagi dia terpaksa mengambil peguam dan buat laporan polis kerana mendakwa pernah ugut bunuh disebabkan pakaiannya.
Malah Asfan Shah sekali lagi menarik perhatian ramai apabila tampil berambut merah muda.
Asfan atau nama sebenarnya Norasfan Shah Shah Rudin, 42, berkata, dia kini menubuhkan kumpulan Asfan Shah & Manusia serta akan menjayakan konsert Malam Drama Manusia bersama Drama Band di Zepp, Kuala Lumpur pada 15 Januari depan, dan penampilan terbaru dibuat selepas perbincangan dengan penganjur.









