KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Indonesia menahan 15 rakyat Malaysia dan dua rakyat Singapura selepas disyaki menawarkan khidmat pemberi pinjaman wang dalam talian di Bali.
Mereka ditahan di kawasan Dalung, Kuta Utara, Badung, Bali dalam operasi oleh Bahagian Imigresen Ngurah Rai, Bali, Khamis lalu.
Ketua Imigresen Ngurah Rai, Muhamad Novyandri, berkata mereka ditahan selepas didapati melakukan aktiviti yang tidak sesuai dengan kebenaran sebagai pelancong.
"Berdasarkan siasatan awal, mereka didapati menjalankan aktiviti pinjaman peribadi secara bersemuka dan dalam talian di lokasi serbuan yang dijadikan markas kegiatan.






