Kementerian Sumber Manusia berkata tindakan diambil susulan maklumat dan bukti diterima bagi membolehkan siasatan dijalankan secara bebas dan sewajarnya oleh pihak berkuasa. (Gambar TalentCorp)PETALING JAYA: Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan cubaan campur tangan dalam semakan tadbir urus Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp).

Katanya, tindakan itu diambil susulan maklumat dan bukti diterima bagi membolehkan siasatan dijalankan secara bebas dan sewajarnya oleh pihak berkuasa.

Menurut kementerian, campur tangan oleh pihak berkepentingan berkenaan didakwa melibatkan usaha menyebarkan maklumat mengelirukan, mempengaruhi individu dalam agensi, serta mengalihkan perhatian daripada perkara yang sedang diteliti.