Putrajaya: Kerajaan MADANI melalui Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyalurkan bantuan berjumlah RM3.28 juta kepada 164 rumah ibadat Hindu, Sikh dan Kristian dalam masyarakat India di seluruh negara, menerusi Program Dharma MADANI dan Program Harmoni MADANI.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, bantuan ini bertujuan memperkukuh peranan rumah ibadat sebagai pusat pembangunan komuniti setempat.
Menurutnya, menerusi Program Harmoni MADANI Siri 1, Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.38 juta kepada 69 rumah ibadat, terdiri daripada 57 buah gurdwara dan 12 gereja.
Katanya, setiap rumah ibadat menerima bantuan sebanyak RM20,000 bagi menyokong keperluan serta pelaksanaan aktiviti keagamaan, kerohanian, kebudayaan dan kemasyarakatan.










