Kuala Lumpur: Sebanyak 10 peratus pekerja sektor formal warganegara yang berada dalam kumpulan upah tertinggi menerima upah bulanan sekurang-kurangnya RM9,600 pada Jun 2026, mencerminkan jurang ketara berbanding kumpulan pekerja berupah terendah.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), analisis persentil upah menunjukkan 10 peratus pekerja formal dalam kumpulan terendah menerima upah RM1,700 atau kurang bagi tempoh sebulan.

Katanya, perbandingan itu menunjukkan paras upah pada persentil ke-90 adalah lebih lima kali ganda berbanding paras upah pada persentil ke-10, sekali gus menggambarkan jurang upah antara kedua-dua kumpulan pekerja berkenaan.

"Peratusan pekerja formal warganegara yang menerima upah bulanan kurang RM1,700 menurun kepada 8.2 peratus pada Jun lalu.