KUALA LUMPUR: Keluarga Allahyarham Noorizwan Zulkefly, yang meninggal dunia ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, mahu Ahli Parlimen membangkitkan isu berkenaan di Dewan Rakyat, selain mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan status siasatan kes itu.
Keluarga turut meminta penjelasan mengenai dakwaan kecederaan dialami Allahyarham serta tindakan yang sudah diambil terhadap anggota polis terbabit.
Adik Allahyarham, Nooranis Zulkefly, berkata keluarga menuntut keadilan atas kematian abangnya yang memasuki hari ke-27.
"Kita menuntut keadilan, kita minta semua pelaku ditangkap serta digantung tugas dan kita minta pelaku dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.








