IPOH – Polis Perak menumpaskan tiga sindiket penipuan dalam talian yang menyasarkan mangsa di Malaysia, China dan Jepun menerusi tiga serbuan berasingan di Kampar dan Ipoh dalam tempoh lima hari bermula 22 Oktober lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kejayaan itu membawa kepada penahanan 36 individu termasuk 25 warga China dan lima warga Jepun berusia 19 hingga 41 tahun.
Katanya, kesemua mereka dipercayai terbabit dalam kegiatan pusat panggilan penipuan dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM62,500.
“Dalam serbuan pertama di dua unit pangsapuri di Bandar Agacia, Kampa









