PETALING JAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara rasmi telah menamatkan pemantauan tadbir urus terhadap Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).
Ia sekali gus memberikan status ‘selesai’ kepada HRD Corp, agensi peneraju pembangunan modal insan Malaysia di bawah Kementerian Sumber Manusia menerusi surat rasmi yang diterima daripada SPRM, semalam.
Pengerusi HRD Corp, Datuk Rusli Jaafar, berkata, ia susulan kejayaan langkah proaktif agensi memperkukuh tadbir urus organisasi melaksanakan segala syor penambahbaikan tadbir urus yang dipersetujui bersama SPRM.









