JOHOR BAHRU: Peneroka warga emas yang maut di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi semalam ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka pada bahagian kepala dan kedua-dua belah tangan.
Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, mangsa ditemukan terbaring di tepi jalan pada pukul 7.56 petang.
“Bertindak atas maklumat, suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun berjaya ditahan di kawasan kebun Kelapa Sawit di Kota Tinggi, pada pukul 10.26 pagi, hari ini.
“Polis turut merampas sebuah motosikal dan sebilah kapak yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.










