BUKIT JALIL: Pelakon, Sophia Albarakbah mengakui sahabat karibnya, Siti Khadijah Halim ada meluahkan perasaan kecewa susulan namanya menjadi bahan kecaman warganet yang dikaitkan dengan beberapa isu tular.

Mempertahankan sahabatnya, Sophia, 33, berkata Siti merupakan seorang yang sangat baik, ceria selain setia memberikan semangat ketika dirinya berada dalam kesusahan.

“Saya hanya mahu cakap benda positif sahaja. Abaikan para pembenci (haters). Lumrah sebagai anak seni, orang akan sentiasa bercakap fasal kita, sama ada baik atau buruk.

“Saya harap Siti terus kuat. Waktu saya dalam kesusahan dan berada dalam keadaan ‘down’ sebelum ini, dialah yang sentiasa ada di sisi untuk menaikkan semula semangat saya.