KANGAR: Seorang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut manakala tiga lagi rakan setugasnya cedera dipercayai tercampak keluar dari bot yang terlanggar tembok di pesisir pantai ketika menjalankan operasi di perairan Sungai Padang, di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian sekitar pukul 12.30 tengah malam itu, Laskar Kanan Maritim (Teknikal) Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41,yang bertugas di Unit Perisikan Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kedah/Perlis disahkan meninggal dunia,
Pasukan berkenaan difahamkan mengejar sebuah bot disyaki membawa sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar.
Difahamkan, kehilangan mangsa hanya disedari oleh rakan setugas selepas mendapati jumlah anggota tidak mencukupi sebelum jenazah ditemukan kira-kira sejam kemudian selepas gerakan mencari dijalankan.









