KANGAR: Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) maut, manakala tiga lagi rakan setugas cedera ketika menjalankan operasi di perairan Sungai Padang, dekat sini, tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam berlaku ketika mereka menjalankan operasi pemantauan dan kawalan sempadan.

Usaha mendapatkan Maritim Malaysia bagi maklumat lanjut masih belum berjaya setakat ini, namun difahamkan pihak berkuasa terbabit dijangka mengeluarkan kenyataan dalam tempoh masa terdekat.

Sementara itu, difahamkan mangsa yang maut meninggalkan isteri dan dua cahaya mata berusia 14 dan 11 tahun.