ISTANBUL: Pihak berkuasa Syria menahan Yahya al-Assad, sepupu kepada bekas Presiden Bashar al-Assad yang digulingkan, bersama beberapa bekas pegawai tentera dan keselamatan dalam operasi di bandar Homs, tengah Syria, menurut Kementerian Dalam Negeri pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap kementerian, Nour al-Din al-Baba, mengumumkan penahanan 15 individu menerusi kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Al-Ekhbariya Syria.
Antara yang ditahan termasuk bekas ketua Divisyen ke-24 dan Direktorat Pertahanan Udara, Mohammad Dib Afouf serta bekas ketua Mahkamah Antikeganasan, Ghazi Badr Abdel Saleh.
Beberapa bekas ketua siasatan perisikan Tentera Udara, bekas anggota keselamatan politik dan Pengawal Republik serta tiga juruterbang tentera turut ditahan.






