Kementerian Dalam Negeri Syria memaklumkan 15 individu ditahan, termasuk bekas ketua Divisyen ke-24 dan Direktorat Pertahanan Udara Mohammad Dib Afouf serta bekas ketua Mahkamah Antikeganasan Ghazi Badr Abdel Saleh. (Gambar Envato Elements)ISTANBUL: Pihak berkuasa Syria menahan Yahya al-Assad, sepupu bekas presiden Bashar al-Assad yang digulingkan, bersama beberapa bekas pegawai tentera dan keselamatan dalam operasi di bandar Homs, tengah Syria, menurut Kementerian Dalam Negeri pada Isnin, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap kementerian, Nour al-Din al-Baba, mengumumkan penahanan 15 individu menerusi kenyataan yang disiarkan stesen televisyen Al-Ekhbariya Syria.
Antara yang ditahan termasuk bekas ketua Divisyen ke-24 dan Direktorat Pertahanan Udara, Mohammad Dib Afouf serta bekas ketua Mahkamah Antikeganasan, Ghazi Badr Abdel Saleh.






