ISTANBUL: Pakatan diketuai Arab Saudi, pada awal hari ini memaklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan tiga peluru berpandu balistik yang dilancarkan kumpulan Houthi dari Yaman ke arah Wilayah Timur Arab Saudi, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Pengumuman itu tidak menyatakan sasaran yang dituju atau memberikan butiran mengenai kemungkinan terdapat korban jiwa atau kerosakan.
Semalam, pakatan itu memaklumkan bahawa pihaknya memintas dan memusnahkan tiga dron di ruang udara wilayah Riyadh dan selatan Arab Saudi, tanpa menyatakan asal dron berkenaan atau sasaran yang dituju.
Pakatan itu turut mengumumkan serangan terhadap kedudukan Houthi di Yaman, dengan memaklumkan bahawa pihaknya memusnahkan pelancar peluru berpandu balistik, terowong penyimpanan dan depot peluru berpandu.








