TANAH MERAH: Mengusahakan lebih dua hektar ladang sirih di Kampung Bechah Laut, di sini sejak tiga tahun lalu, kini etnik Rohingya mampu memiliki pelbagai jenis kenderaan termasuk lori, selain dikatakan mempunyai van, kereta serta beberapa motosikal.
Penduduk mendakwa, kehidupan etnik Rohingya berkenaan jauh berubah berbanding ketika mula masuk ke kampung berkenaan 20 tahun lalu yang mana mereka hanya berjalan selain menumpang kenderaan penduduk kampung, namun kini boleh dianggap sebagai 'kaya'.
Penduduk turut mendakwa, pembelian kenderaan itu dipercayai menggunakan nama penduduk tempatan selain penduduk tempatan juga menjadi pemandu kepada kenderaan berat etnik terbabit,
Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Hussin, 65, berkata kampung itu mula dimasuki hanya seorang lelaki etnik Rohingya kira-kira 20 tahun lalu yang bekerja di kebun sayur milik penduduk.









