KOTA TINGGI – Lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian amukan sehingga menyebabkan seorang peneroka maut ditetak dengan kapak di Felda Lok Heng Selatan malam tadi dipercayai mempunyai masalah mental.
Kakak suspek yang mahu dikenali sebagai As, 54, berkata, kali terakhir adiknya mendapatkan rawatan dan mengambil ubat-ubatan untuk rawatan mental pada lapan tahun lalu.
Katanya, dia tidak menafikan adik bongsunya itu pernah mendapatkan rujukan di Persatuan Pengasih Johor Bahru kerana masalah dadah.
”Selepas keluar dari pusat berkenaan, dia tidak mahu tinggal di situ dan berd









