Kuala Lumpur: Hanya 33 bengkel dan syarikat penyedia perkhidmatan yang mendapat pengiktirafan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pemasangan peranti had kelajuan (SLD).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata jumlah itu dilihat tidak mencukupi memandangkan lebih 200,000 kenderaan memerlukan pemasangan peranti berkenaan, sekali gus menjadi antara faktor penangguhan penguatkuasaan sepenuhnya keperluan pemasangan SLD.

"33 bengkel sahaja memang tidak mencukupi. Ia juga salah satu punca mengapa kerajaan mengambil keputusan untuk menangguhkan penguatkuasaan terlebih dahulu.

"Kita mengalu-alukan lebih banyak bengkel untuk mendapatkan pengiktirafan JPJ bagi menyediakan perkhidmatan pemasangan SLD.