PETALING JAYA – Sebanyak 120 daripada 157 kenderaan sita Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) berjaya dilelong menerusi Lelongan Awam Kenderaan Sita JPJvBID Bil. 2/2026 pada 16 Oktober lalu.
Lelongan tersebut merekodkan kutipan hasil keseluruhan sebanyak RM376,091, sekali gus mengatasi kutipan yang dicatatkan pada lelongan sebelum ini.
Pengarah JPJ WPKL, Hamidi Adam berkata, lelongan berkenaan mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 95 pembida menyertainya dengan jumlah bidaan keseluruhan sebanyak RM334,041.
Menurutnya, daripada 157 kenderaan yang ditawarkan, sebanyak 137 merupakan kenderaan boleh dilesenkan, m










