ARAU: Hanya individu atau wakil syarikat yang menjadi perantara berdaftar dan mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sahaja dibenarkan menjalankan urusan pejabat jabatan itu di seluruh negara mulai Januari 2027.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, ketetapan baharu itu adalah langkah pihaknya dalam mengawal selia aktiviti pengantara yang mewakili pelanggan supaya lebih teratur, telus dan berintegriti.

Katanya, pendaftaran perantara berkenaan akan dibuka secara percuma bermula 1 November ini melalui platform dalam talian yang disediakan pihak JPJ.

"Setiap permohonan yang diluluskan akan diberikan pengenalan rasmi (ID) digital yang mengandungi nombor siri dengan tempoh sah laku selama dua tahun.