JPJ tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, penipuan, caj tambahan atau pertikaian yang timbul daripada urusan persendirian antara pelanggan dengan pihak perantara berdaftar, Ketua Pengarah Aedy Fadly Ramli.ARAU: Hanya individu atau wakil syarikat mendaftar sebagai perantara berdaftar dan mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dibenarkan menjalankan urus niaga bagi pihak pelanggan di semua pejabat serta cawangan di seluruh negara mulai 1 Jan tahun depan.
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata, ketetapan itu adalah antara langkah jabatan berkenaan dalam mengawal selia aktiviti perantara yang mewakili pelanggan dengan lebih teratur, telus dan berintegriti.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pendaftaran perantara berdaftar akan dibuka mulai 1 Nov secara dalam talian melalui platform yang disediakan JPJ.







