Kuala Lumpur: Sebanyak RM7 bilion pelaburan berjaya direalisasikan menerusi pembangunan Lembah Teknologi Automotif Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim bagi tempoh 2018 hingga 2026, termasuk pelaburan daripada Geely.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Sim Tze Tzin, berkata antara pencapaian utama yang direalisasikan sepenuhnya ialah penaiktarafan kemudahan pembuatan PROTON di Tanjung Malim, termasuk pengembangan kapasiti dan keupayaan pengeluaran serta pengeluaran enjin dan transmisi baharu berteknologi terkini.
Katanya, pembangunan ladang solar berkapasiti 12 megawatt puncak (MWp) di dalam kawasan kilang PROTON turut menyokong kecekapan penggunaan tenaga bagi operasi pembuatan.
"Bagi tempoh 2025 hingga 2026, pembangunan dan penaiktarafan kemudahan industri turut merangkumi kilang pengeluaran kenderaan elektrik (EV), peningkatan keupayaan pengeluaran enjin, kemudahan metal stamping, pusat logistik dan gudang baharu serta makmal ujian penyelidikan dan pembangunan (R&D).









