ALOR SETAR – Persatuan Pengguna Kedah (Cake) menasihatkan pengguna agar lebih berhati-hati ketika memesan makanan menerusi platform penghantaran bagi mengelak terbeli daripada premis kotor atau yang menyediakan makanan tidak halal.

Kebimbangan itu timbul susulan pendedahan seorang individu dipercayai penghantar makanan di Threads yang mendakwa sebuah kedai makan di Kulim, dekat sini berada dalam keadaan kotor ketika dia mengambil pesanan pelanggan.

Presiden Cake, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, pengguna perlu lebih berhati-hati ketika memilih premis makanan, terutama yang beroperasi menerusi aplikasi penghantaran ma