Kuala Lumpur: Samalaju, Sarawak masih merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 1 tengah hari tadi.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati, Samalaju merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 146.
Sementara itu, 44 lagi kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Bintulu, Serian, Sibu, Batu Muda, Kluang dan Kuching.
Pada masa sama, 23 lagi stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap baik termasuk Kuala Selangor, Kimanis, Tanjung Malim, Tanah Merah dan Sungai Petani.









