ISKANDAR PUTERI: Dua penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas akibat hilang kawalan di Kilometer 24.9, Jalan Johor Bahru-Gelang Patah-Pendas, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Radin Ramlan Radin Taha berkata, pemandu kereta bersama dua penumpang mengalami kecederaan ringan pada bahagian kepala, muka dan kaki kanan.

Katanya, kemalangan itu dilaporkan berlaku pada pukul 7.20 pagi.

“Kereta itu hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan dua motosikal yang sedang menghala ke Gelang Patah.