KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama kerajaan Sabah menyelaras tindakan berkaitan bekalan dan harga ayam serta telur ayam bagi memastikan bekalan makanan itu kekal stabil pada harga berpatutan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata penyelarasan antara kerajaan negeri dan Persekutuan penting bagi menangani isu bekalan di peringkat pengeluaran serta pengedaran, selain memperkukuh pemantauan harga dan penguatkuasaan.
Beliau berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Penstabilan Bekalan Daging Ayam dan Telur Ayam di Sabah yang dipengerusikannya di Perbendaharaan Malaysia Sabah, di sini semalam.









