KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elyana, berkongsi pengalamannya berdepan individu toksik dan manipulatif.

Menurut penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu, sehingga sekarang, individu terbabit masih meneruskan niat buruknya itu kepada penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu.

“Dan sampai sekarang dia tidak berhenti menghasut orang lain membenci saya,” katanya menerusi Thread.

Kata Elyana, lebih mengecewakan apabila individu terbabit bertindak menipu dan memanipulasi pengalaman hidupnya menjadi kisah hidup orang lain.