KUALA LUMPUR: Pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168 antara dua lelaki ditahan polis susulan rampasan 1.16 tan ketamin oleh pihak berkuasa Indonesia, minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, berkata dua lelaki warga tempatan berusia 45 dan 44 tahun itu ditahan di Johor Bahru, Ahad lalu.

Katanya, lelaki berusia 45 tahun adalah pengarah syarikat pemilik asal kapal tangki MT Global 168, manakala lelaki berusia 44 tahun ejen atau broker penjualan kapal berkenaan.

"Siasatan awal mendapati kapal itu dibeli April lalu untuk dijual semula selepas kerja penambaikan bagi mendapatkan keuntungan.